Lisanmu Biarlah Lembut Di Telinga, Tenang Di Hati

Lisanmu Biarlah Lembut Di Telinga, Tenang Di Hati. Imam Syafii berpesan, setiap tutur kata yang keluar dari mulutmu adalah benih yang kamu tanam di hati orang lain. Maka pilihlah kata-kata yang menumbuhkan ketenangan, bukan yang meninggalkan luka. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa!! Mulut adalah tempatnya lisan bermula, gunakan ia dengan seperlunya sahaja, bukan digunapakai sesuka hati hinggakan sesudahnya meninggalkan luka parah yang amat dalam. 

Lisanmu Biarlah Lembut Di Telinga, Tenang Di Hati
Info Yang Anda Cari:

Lisanmu Biarlah Lembut Di Telinga, Tenang Di Hati


Berkatalah dengan lembut meskipun sedang marah. Jangan meremehkan perasaan orang lain. Hindari ucapan yang mungkin disesali di kemudiannya. Jadikan lisan sebagai jalan untuk menenangkan, bukan menyakiti. Kerana, kata-kata boleh lenyap dari telinga, tetapi bekasnya mampu menetap di hati.

Mengapa kita perlu mengutamakan lisan? Mengapa kita mesti menjaga hati orang lain yang mana sama pentingnya menjaga hati sendiri juga?

Lisan yang jahat boleh meruntuhkan emosi seseorang. Ia juga mungkin mencetuskan kemurungan, trauma, dan tekanan perasaan yang melampau. Lagi takut, lisan yang membawa fitnah juga boleh menghancurkan reputasi seseorang. menjatuhkan maruah, nama baik, dan kehormatan diri mangsa di mata masyarakat. Dan kerana lidah dan lisan juga boleh menghilang keyakinan diri seseorang. Lisan yang jahat juga menyebabkan mangsa berasa rendah diri dan takut untuk bersosial. Betapa kejam dan zalimnya seseorang yang mencipta cerita dari lisannya akan sesuatu yang tidak benar. Berapa banyak kemusnahan yang ia lakukan hingga boleh menyebabkan huru hara dalam kehidupan. 

Awasilah perkataan lisanmu, usah membuta tuli menyebar khabar, membuka cerita yang tidak diketahui akan kebenarannya.

Nasihat Imam Syafii


Jika ingin bercakap, fikirkan kesannya terlebih dahulu. Jika jelas membawa kebaikan (maslahat), maka bercakaplah. Jika ragu-ragu sama ada ia baik atau buruk, lebih baik jangan bercakap sehingga jelas kebaikannya.

Semoga segala coretan yang dikongsikan boleh membawa kepada kebaikan, tiada yang sia-sia melainkan sebuah kisah yang membangun jiwa!

Cik Bayan - Antara Doa & Harapan - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

0 $type={blogger}