Pelajaran Dari Jalanan Ke Realiti Kehidupan. Tulisan ini dari titktok Kapten Ghazi - seorang yang menuliskan sebuah motivasi dari langit (awan biru) untuk kita ambil iktibarnya. Untuk kita pilih dan sesuaikan dengan jalan kehidupan yang sedang kita lalui. Setiap orang Allah daah pilih untuk jalan masing-masing, samada sukar ataupun senang. Tetapi pada akhir setiap perjalanan, kita kena kembali. Itulah tempat abadi. Selamanya..

7. Tolong orang untuk capai sesuatu, kerana itu juga punca anda akan capainya juga.
Pelajaran Dari Jalanan Ke Realiti Kehidupan
Pelajaran boleh diperolehi dari kelas-kelas rasmi, dari omongan rakan-rakan, atau boleh saja diambil dari jalanan dan lorong-lorong gelap. Yang penting mana satu yang kita ambil dan jadikan landasan untuk ke jalan yang benar.

1. Allah Maha Kaya. Meminta-mintalah, kerana itu adalah satu sifat hamba-Nya.
2. Impian adalah satu perkara paling mahal bagi seorang anak kecil. Percuma dan tiada had.
3. Pelajaran sepatutnya membentuk kehidupan yang kita ingin kejari. Boleh jadi di kelas, mahupun di jalanan.
4. Kaya adalah subjektif. Paling tinggi yang meningkatkan iman lantas memberikan ketenangan.
5. Jangan terpedaya dengan ego. Bila kita di 40,000 kaki, orang di bawah nampak kecil, manakla mereka di bawah akan nampak kita terlalu tinggi.
6. Berpegang kepada tali agama adalah punca kepada kejayaan. Letakkan dalam dada, tak adalah jalan yang akan menyimpang di depan.
Info Yang Anda Cari:
8. Tak ambil risiko adalah risiko paling besar. Penyesalan tak datang sekarang, tapi ia terasa bila dah menjengah usia tua.
9. Jadi, currency paling mahal bukan duit, emas, harta mahupun pangkat. Tapi masa, gunalah ke arah cita-cita.
10. Orang akan lihat kejayaan, bukan usaha. So, kalau selagi tak berjaya, kita dianggap tak berusaha.
11. Doa paling mahal tetaplah milik Mak dan Ayah. Ada hajat, kongsi dengan mereka.
12. Pangkat di bahu hanya untuk tatapan ego. Bila tiada, anda sekadar nobody.
13. Investment terbaik bukan pada material, tapi pada diri. Belajar skil baru, anda terkejut betapa bakat bukan sekadar related to your job saja.
14. Apa yang kita consume; makan, minum, media sosial, tv akan membentuk diri. Choose wisely!
15. Selagi kita tak berhenti, kita tak gagal. Usaha lagi dan lagi.
Tak pernah lewat untuk melawan kegagalan, tak pernah menang bagi orang yang sombong, tak ada maaf bagi mereka yang mencemuh dan sentiasa ada nikmat bagi orang yang bersyukur.
Cik Bayan - Antara Doa & Harapan - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.






0 $type={blogger}