Cerita Pembangun Jiwa

Berlawanlah Dengan Doa Dikala Kamu Dikhianati

Berlawanlah Dengan Doa Dikala Kamu Dikhianati. Jika berlawan dengan kata-kata, kita akan kalah. Pihak yang mengkhianati akan mentertawakan kita, berlakon kononnya merekalah yang dikhianati. Kononnya mereka dipihak yang benar, menolak semua kesalahan kepada kita. Konon meminta simpati kepada rakan dan kawan yang menyebelahi mereka. Dan bersoraklah mereka beramai-ramai di belakang kita. Itulah perangai sebenar si narsistik dan egoistik! Terang-terangan mereka salah, tetapi tetap menegakkan benang yang basah!

Kamu yang tersakiti dan dikhianati, semoga Allah memberikan keadilan yang sebaik-baiknya kepada setiap insan mengikut perbuatannya, dan semoga segala yang berlaku menjadi pengajaran buat kita semua.

Berlawanlah Dengan Doa Dikala Kamu Dikhianati

Berlawanlah Dengan Doa Dikala Kamu Dikhianati


Ingatlah, kamu mungkin dikhianati, tetapi itu tidak pernah mengurangkan nilai dirimu. Menangislah jika perlu, luahkanlah jika sakit, tetapi jangan sesekali menyalahkan diri sendiri atas kesalahan orang lain. Percayalah, setiap luka akan sembuh dengan masa. Terus kuat, terus bangun, dan terus melangkah. Allah tidak akan menguji hamba-Nya melebihi kemampuan mereka. Akan tiba hari di mana kamu akan tersenyum semula dan sedar bahawa dirimu jauh lebih kuat daripada yang kamu sangkakan.

Dalam kesedihan, makin dekatkan diri pada Allah dan hari-hari bersangka baiklah yang Allah akan keluarkan kamu dari situasi buruk ini. Hinggalah satu hari, kamu sudah betul-betul redha untuk melepaskan.

Yang hilang akan terganti


Kepada yang dikhianati, percayalah.. kita akan sembuh seiring waktu.. kalau rasa sedih, nak menangis.. menangislah dan lepaskan saja. Lama kelamaan kita akan makin sembuh. Setiap yang hilang, Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.

Berlawanlah Dengan Doa Dikala Kamu Dikhianati

Bila diuji dengan kecurangan, lepaskanlah. Mungkin dia bukan yang terbaik untuk kita. Percaya pada aturan Allah. Tidak mengapa, menangislah kamu sepuas hati, mengadulah kepada Allah, nanti lama-lama perasaan tu akan hilang dan kamu akan jumpa diri kamu balik. Percayalah pelangi tu ada. Yang penting letakkan Allah dulu dalam hati. Berlawanlah dengan doa. 

Percayalah, semua yg berlaku adalah tanda kekuasaan ALLAH. Kita mungkin menyintai sidia malah lebih dari diri sendiri.. Tidakkah kamu sedar bahawa ALLAH menguji ketulenan cinta kita..CINTA siapa lebih benar dan hebat. Disaat ALLAH datangkan cinta lain pada sidia., cinta kita begitu rapuh. Tapi seburuk mana kita lakukn ALLAH tak pernah tinggalkan kita tetapi kita yang sering melupakan ALLAH. Baliklah pada cinta, bukankah cinta itu bermakna membahagiakan? Cinta yang membahagiakan dan tidak pernah menyakitkan adalah CINTA TUHAN pada hambaNya.

Bangkitlah dengan cinta, kerana derita akan menggantikan jalan hidup seorang pendusta!!

Cik Bayan - Antara Doa & Harapan - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

0 Comments