Move On, Setiap Orang Hadir Untuk Memberi Pengajaran. Kita melangkah ke depan bukan tanda kita putus asa, bukan kerana kita tiada harga diri, dan bukan juga bermakna kita kalah. Move on maknanya kita sedang mengatur laluan yang lebih tenang sambil membuka lembaran baru. Walau tidak tahu apa yang bakal berlaku, persiapkan saja kekuatan jiwa raga agar kita tidak terperosok di lembah duka sekali lagi.

Move on - setiap orang hadir memberi pengajaran dan kekuatan. Jika dah buat yang terbaik dan tidak dipilih maka berlalu lah dengan baik. Yakin Allah pasti hadirkan yang betul-betul ingin tinggal, memilih kita setiap hari dan berjalan bersama di laluan berduri. Pasti ada yang akan meratukankan, memanjakan setiap hari. memimpin tangan dlm semua keadaan;masa sukar dan masa bahagia😉sedih pasti ada tapi biar masa memulihkan nya;jika tiada jodoh di dunia pasti di akhirat sana Allah sudah menyiapkan untuk kita.

Memang perit tika kamu menerima dia setulus hati tanpa pandang keburukan dan kekurangan dirinya tetapi akhirnya dia memilih menghancurkan hubungan kalian.
Info Yang Anda Cari:
Setiap Orang Hadir Untuk Memberi Pengajaran
Mungkin kamu pernah merasai pahitnya dengan sesebuah pengkhianatan. Memang sakitnya sampai ke dalam hati. Maka ingatlah setiap orang hadir untuk memberi pengajaran. Tiada orang yang Allah hadirkan hanya kebetulan. Mesti ada hikmah dan pengajaran untuk kita ambil dan hadam. Bukan mudah ya, ..tetapi kita cuba berdamai dengan takdir.
Berlapang dada, setiap ketentuan yang Allah takdirkan, terima dengan hati yg lapang, walaupun hati hancur luluh, Allah lebih tahu, apa yang baik untuk kita berbanding diri kita sendiri. Inilah kata penawar untuk hati, apabila sesuatu yg kita tidak ingini berlaku dalam hidup,
"Yakinlah bahawa Allah sebaik- baik Perancang, jika Allah telah menuliskan sesuatu untuk menjadi milik mu, maka itu akan menjadi milik mu, waktunya mungkin berbeza, perjalanannya pun mungkin berbeza, tapi ia tetap Akan menjadi Milik kamu. Usah bersedih ya!!
Lumrah Kehidupan, it's life - yang pergi biarkan dia mencari kebahagiaannya. Kita di sini, ciptakan kebahagiaan sendiri. Kita masih punya hati sendiri yang perlu dijaga. Insha Allah, patah tumbuh hilang berganti. Cuma masa yang akan menentukan. Ikhlaskan segala-galanya. Akan Allah SWT hadirkan yang lebih memahami dan menyayangi kamu sebagai mana yang kamu impikan selama ini.
Cik Bayan - Antara Doa & Harapan - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.





0 Comments