Wanita, janganlah kamu iri.. melihat orang lain bahagia. Usahlah kamu iri melihat wanita lain tersenyum. Sudah-sudahlah kamu dendam dan ingin menjadi seperti mereka. Itu tidak baik ya..

Bila DIA redha, maka berjalanlah di atas muka bumi ini dengan bahagia dan tenang yang tiada apa-apa yang nak kamu risaukan lagi. Hiduplah demi redhaNya, bukan lagi memenuhi kehendak manusia!
Surah An-Nisa' ayat 32"Janganlah kamu iri terhadap apa yang Allah lebihkan kepada sebahagian yang lain."
Berhenti membandingkan hidup sendiri dengan orang lain. Fokus menjadi versi terbaik diri sendiri. Kadang-kadang ketenangan bukan datang kerana semua masalah selesai… Tetapi kerana hati sudah berhenti melihat nikmat orang lain.

Bila hati sudah tidak kisah untuk membandingkan, tidak lagi cemburu melihat orang lain gembira.. itu tandanya hati kamu telah bebas. Hiduplah kamu di atas muka bumi ini hanya untuk mendapatkan tempat di sisi Allah.
DIA redha, Maka berjalanlah di atas muka bumi ini dengan versi seorang kamu yang tiada apa-apa yang nak ditakuti.
Info Yang Anda Cari:
Cik Bayan - Antara Doa & Harapan - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.





0 Comments