Advertisement

Kamu Redha Tapi Mengapa Masih Menangis?

Kamu Redha Tapi Mengapa Masih Menangis? Redha mudah disebut di hujung bibir, tetapi hati di dalam hanya Allah yang tahu. Kita bersungguh menebar redha agar kita dikasihi oleh Sang Pengasih.. tetapi kita hanya manusia biasa. Menyebutnya memang mudah tapi nak buat tu yang susah. Kerana perit dan sakitnya untuk redha itulah yang membuatkan airmata jatuh di pipi.

Biasalah...

Ramai yang kata redha lah, dah ketentuan.. sampai bila nak berpura-pura redha? Kalau hati sering terguris, lebih baik cari kebahagiaan sendiri.. lebih baik tamatkan hubungan yang sakit supaya dapat kebahagiaan sendiri.

Dalam kita memilih jalan redha, ada 2 cara utk redha, iaitu redha dalam menahan kesakitan, dan satu lagi redha melepaskan. Pilihlah jalan manapun, sampai seluruh jiwa dan raga rela dengan pilihanmu sendiri.

Info Yang Anda Cari:

Kamu Redha Tapi Mengapa Masih Menangis?


Kata ustazah redha itu tidak boleh di ungkap dengan perkataan dan diluahkan. Jika masih boleh berkata redha bermakna belum sepenuhnya di dalam hati itu redha sebab masih di sebut-sebut dengan kata-kata.

Kamu Redha Tapi Mengapa Masih Menangis?

Dalam sesuatu keadaan .. bukan tak redha melepaskan. Tetapi ingatan tak mudah dibuang. Dulu semuanya hadir tanpa diminta. Sekarang, yang tinggal cuma sunyi… dan rindu yang tak tahu hendak disampaikan kepada siapa. Sebab itu, seseorang melepaskan rasa itu dengan menangis.

Rupanya kita hanya sedar nilai seseorang, apabila perkara kecil daripadanya sudah tidak lagi kita terima.

Dan malam ini…
engkau bukan rindu pada kata-katanya sahaja. Kamu juga rindu pada seseorang yang pernah membuat kamu rasa… kamu begitu penting dalam hidupnya.

Insha Allah, redha ini akan terus berjalan, dan sesekali masih menangis kerana ingatan atas kenangan yang amat mahal nilainya. 

Cik Bayan - Antara Doa & Harapan - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

0 Comments