Andai Bersua Lagi, Mungkinkah Aku Menangis?

Wajah-Wajah Duka. Berlarian dicermin kenangan. Bersilih ganti mencari arah, di situkah dia berdiri? Masihkah dia menunggu, hingga bulan dan tahun berganti mengikut tugasnya. Walau engkau pun sepertiku, kita tetap tidak berganjak. Seolah mengharap, ada bulan jatuh ke riba. Dan ada senyum yang masih setia bertukar bicara.     

Secara tiba-tiba hati teringatkannya...
Cintaku dan cintanya tertulis hanya dalam sebuah cerita 
dan bukanlah pengukuhan dalam satu ikatan. 
Berjalan sendiri namun hati saling memiliki. 
Kulepaskan dia 
dan semoga cintaku akan selalu menjaganya....

Berhenti! Cukup sudah bayangan lalu. 


Wajah-wajah yang sedang berduka, jangan dilayan kisah sedihmu. Mungkin kisah kita tidak sama, ada yang ditinggalkan dan mungkin ada antara kita yang kehilangan orang yang tersayang. Buat-hati-hati yang terluka, usah tenggelam dalam derita dan duka berpanjangan. Bukalah matamu, lebarkan sayap mindamu. Nanti kau kan temui semangat dan impian baru untuk hidup lebih gembira.

Andai Bersua Lagi, Mungkinkah Aku Menangis? 
 
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” (Surah Al-Baqarah : 216)

Bila patah hati, jangan semudah itu kamu membenci sesuatu. Ada pujangga berkata jika sangat membenci orang itu, ditakuti satu ketika nanti kamu pula menanggung rindu. Pandang sesuatu yang kau tinggalkan sebagai kenangan yang mengajar erti kehidupan yang berbagai. Dan lihat sesuatu yang hadir dalam hidupmu sebagai impian dan harapan baru untuk memulakan yang lebih berharga.

Info Yang Anda Cari:

Bukannya kamu sahaja yang pernah berduka. Kadangkala dalam tak sedar wajah duka itu hadir lagi, menyapu ruang sepi dengan debu-debu impian yang pudar. Tika ia hadir, kita mungkin jadi orang yang sedang derita. Tetapi harus diingat, tunjukkan kekuatanmu jika itu boleh memberikan coretan rasa yang kamu masih boleh bangun setelah diri ditinggalkan.

Yang pergi biarlah ia pergi. Kita yang tinggal harus melangkah ke era baru. Mengutip pengalaman lagi buat bekalan jika terluka lagi. Itulah putaran hidup. Hati harus tabah.

Bukankah setiap orang harus hidup bahagia?  

Cik Bayan - Antara Doa & Harapan - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

0 Comments