Serahkan Semuanya Kepada Allah

Serahkan Semuanya Kepada Allah. Serahkan saja semuanya, kerana kita tidak mampu ya kekawan. Kita banyak kelemahan. Jangan melawan takdir yang sememangnya kita tahu bahawa kemampuan kita di luar kotak fikiran. Di luar kekuatan fizikal. Ada masanya kita boleh melawan, itu tak salah! Melawan dengan sekuat tenaga dalam ruang lingkup kemampuan kita. Gunakan segala daya yang Allah kurniakan. Setakat itu saja.

Serahkan Semuanya Kepada Allah

Info Yang Anda Cari:

Serahkan Semuanya Kepada Allah


Kenapa kita kena berserah? Adakah itu menandakan kita lemah? Tidak ya, berserah bukan kerana kita lemah! Tetapi kita kena berserah untuk mendapatkan ketenangan jiwa dan mengurangkan tekanan hidup apabila sesuatu perkara berada di luar kawalan kita. Makin memaksa, semakin kita tersekat antara nak melangkah atau diam di situ. Lepaskanlah! 

Jangan memaksa jika tak mampu. 

Serahkan apa yang di luar kemampuanmu kepada Allah, dan lakukan sebaik mungkin apa yang berada di dalam kemampuan kita. Semoga hari ini Allah mudahkan segala urusan, lapangkan hati, luaskan rezeki, ampunkan dosa Dan menjadikan setiap langkah kita menuju kepada kebaikan. - Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri

"Ya Allah, Aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima." 

Bila kita telah serahkan semuanya Kepada Allah, tiada apa lagi yang nak dirisaukan. Allah akan mengurniakan sesuatu yang sesuai dengan permintaan kita, pada saat kita tertunggu-tunggu. Maka, pada waktu itu kita akan rasa sangat bersyukur. Kerana apa? Kerana Allah memberi lebih dari apa yang kita minta.

Berserahlah - tetapi kena tahu kepada siapa kita menyerahkan diri sepenuhnya.

Cik Bayan - Antara Doa & Harapan - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment