Cerita Bayan | Antara Doa Dan Harapan

Ibumu Adalah Wanita Pertama Dalam Hidupmu Sampai Bila-Bila

Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Ibumu Adalah Wanita Pertama Dalam Hidupmu Sampai Bila-Bila

Keutamaan Ibu. Ibumu Adalah Wanita Pertama Dalam Hidupmu Sampai Bila-Bila. Sehingga kamu menutup mata. Ibumu adalah wanita yang sanggup membawamu ke mana saja, walau ke hujung dunia. Waima, dirinya tidak lagi mampu menanggung berat beban sendiri, tetapi demi kamu anak,- anaknya - seorang ibu sanggup apa saja.

Ibumu Adalah Wanita Pertama Dalam Hidupmu Sampai Bila-Bila

Ibumu Adalah Wanita Pertama Dalam Hidupmu Sampai Bila-Bila


Keutamaan Ibu adalah sampai bila-bila, terutama anak lelaki yang mana keutamaan kepada ibunya adalah sehingga ibu atau dia sendiri menutup mata.

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW sambil bertanya; 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ أَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صَحَابَتِي قَالَ أُمُّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ قَالَ ثُمَّ أُمُّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ قَالَ ثُمَّ أُمُّكَ قَالَ ثُمَّ مَنْ قَالَ ثُمَّ أَبُوكَ

"Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak aku berbuat baik kepadanya?" baginda menjawab: "Ibumu." Dia bertanya lagi; "Kemudian siapa?" baginda menjawab: "Ibumu." Dia bertanya lagi; "kemudian siapa lagi?" baginda menjawab: "Ibumu." Dia bertanya lagi; "Kemudian siapa?" dia menjawab: "Kemudian ayahmu."*_ (HR  Bukhari No: 5514) Status Hadis Sahih

Pengajarannya dari hadis di atas:


1.  Seorang anak berkewajipan berbakti dan berbuat baik kepada kedua ibu bapanya.

2.  Ibu adalah orang yang paling berhak dan diberi keutamaan mendapat penghormatan daripada si anak berbanding bapa. Menurut Ibn Battal ia adalah kerana ibu menghadapi kesusahan semasa mengandung, kesusahan semasa melahirkan, dan kesusahan semasa menyusu dan membesarkan anak. 

3.  Walaupun ibu diutamakan, Islam tetap meletakkan bapa pada kedudukan yang tinggi untuk si anak berbakti sesuai dengan peranan bapa sebagai ketua keluarga, pemberi nafkah juga pelindung keluarga. 

4.  Kewajipan kepada anak adalah berbuat baik kepada ibu bapa dengan berbakti dan taat kepada keduanya, bertutur dengan sopan, menjaga kebajikan mereka, tidak menyakiti keduanya serta sentiasa mendoakan mereka. 

5.  Anak-anak yang menderhaka kepada ibu bapa balasannya adalah neraka dan akan diazab oleh Allah di dunia dan akhirat.

6.  Ketaatan kepada kedua ibu bapa hendaklah pada perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan agama.

7.  Hadis ini menegaskan kedudukan ibu yang sangat tinggi dalam Islam, sehingga disebut tiga kali sebelum bapa. Ia mencerminkan penghargaan Islam terhadap pengorbanan ibu serta keperluan untuk berbakti dengan penuh kasih sayang dan hormat.

Semoga Allah membimbing kita untuk berbuat baik dengan ibu kita. Semoga dengan perkongsian ini menjadikan kita tahu dan faham bagaimana untuk menyantuni ibu bapa kita dengan Cara Yang betul. 
 
Cik Bayan - Antara Doa & Harapan - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code