Bebaskan Dirimu Dari Hasad Dan Dengki

Bebaskan Dirimu Dari Hasad Dan Dengki. Kalau kita berasa sakit hati melihat orang lain berjaya dan bahagia, itu tandanya hati kita yang sakit. Hati dan jiwa kita yang perlu diubati. Rawatlah hati yang sakit dan dengki dengan istighfar kepada Allah. Satu kali kamu beristighfar, satu titik hitam di dalam hatimu akan dipadamkan. Jika timbul hasad dan dengki, cepat-cepat ucapkan - astagfirullahal'adziim.

Bebaskan Dirimu Dari Hasad Dan Dengki
Info Yang Anda Cari:

Bebaskan Dirimu Dari Hasad Dan Dengki


Kadang seseorang menunjukkan kegembiraan, pencapaian anak-anak ataupun sekadar berkongsi hobi menanam pokok bunga di media sosial bukan sebab dia nak riak dan bangga diri. Tetapi kerana itulah caranya dia menyimpan kenangan untuk diri dan keluarganya. Kerana begitulah dia menghargai kehadiran orang yang tersayang dalam setiap momen yang di lakukan.

Dengki dan dendam kekadang memuaskan hati sendiri, tetapi di penghujung malam kamu gelisah. Carilah di mana silapmu, bukan menututp pintu insaf dan menunding jari.

Mengapa tidak kamu lepaskan perasaan iri dan dengki dengan sama-sama mensyukuri nikmat yang diperolehi oleh seseorang? Apakah dengan sakit hati, cemburu, dengki itu semua menjadikan kamu dapat seperti apa yang dia ada? Tidak, bukan? Kerana giliranmu akan datang jua nanti - Allah kata akan datang jaminan rezekimu dalam waktu yang kau perlu! Dan pada waktu itu, kamu berkata - sayangnya Allah padaku.. adil bukan?

Penat! Ya penat. 

Sakit hati ni penat tau. Demi nak menjaga hati sendiri, kau buangkan semua sikap prejudis kepada orang lain. Kau salahkan orang lain atas kegagalanmu. Kau campak semua sangkaan kepada mereka yang sedang baik-baik saja. Zalimnya sikapmu selama ini!!

Sudahlah. Jika kamu tidak mahu berubah, itu hak kamu. Tugas kami untuk mengingatkanmu telah selesai.

Cik Bayan - Antara Doa & Harapan - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

0 $type={blogger}