Antara Doa Dan Harapan

Maafkan, Jika Aku Tak Ingat

Ad Code

Maafkan, Jika Aku Tak Ingat

Maafkan Jika Aku Tak Ingat. Maafkan juga kalau satu masa nanti aku terlupa untuk menghulur senyum buat persahabatan kita, bukannya aku sombong dan angkuh. Jika satu ketika nanti jalan kita sudah tidak sehaluan lagi, jangan ada dendam antara kita. Kerana... siapakah kita untuk menolak takdir dan waktu yang telah dirancangkan buat kita.

Maafkan, Jika Aku Tak Ingat

Kemudian, kita bertemu - And then, I met you!


Pertemuan dalam suasana hening. Tiada kata. Hanya mata berbicara. Kemudian, senyuman nipis dibibirmu, tanda kita berpisah lagi.

Maafkan... bukan aku tak ingat!


Cuma sesekali diri ini perlukan ruang dan waktu untuk memilih jalan hidupku. Bila langkah kita berbeza, aku terpaksa meneruskan perjuangan ini sendirian. Kerana perbezaan itu kita terpaksa akur untuk melupakan antara satu sama lain, membawa haluan sendiri.

Maafkan, jika aku terlupa.


Kita pernah meredah duka dan lara bersama, kita pernah sama-sama tewas dalam asakan masa dan komitmen yang berbeza. Lantas, belum sempat kita mengembalikan kenangan yang hilang, diri ini ditimpa musibah. Dan, masa yang dilalui pada laluan yang berbeza terus menjarakkan kita. Kerana peristiwa itu, aku mendaki hidup baru. Menyelusuri hari-hari mendatang tanpa ingatan terhadap kamu...

Bersalahkah aku jika terlupa?


Mungkin ada yang menunding jari, menyalahkan sikapku yang sudah tidak mengenali kalian. Terpulang kepada kamu untuk mempercayai ceritera diri ini. Ada cerita duka yang tidak terzahir, dalam langkah yang diatur sebenarnya sesekali aku menoleh ke belakang. Tetapi sayang... kalian sudah tidak di situ. Di tempat yang selalunya kita bergurau dan senda. Jadi silapkah aku?

Seseorang itu hadir...


Dalam mencari di mana khilafnya diri ini, seseorang muncul menggantikan tempat kalian. Hadirnya dia membawa cahaya. Satu persatu kami selusuri semula sejarah yang pernah tercipta. Sesungguhnya TUHAN maha mengetahui. DIA hadirkan seseorang untuk membawaku kembali ke pangkal kenangan, membersihkan perasaan yang hiba dan mencambahkan benih-benih harapan.

Kawan, jangan buat diri ini bimbang lagi. Kerana dihantui rasa bersalah selama ini...

Cik Bayan - Antara Doa & Harapan - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

0 Comments

Cerita Bayan - Random

Ad Code