Cerita Bayan | Antara Doa Dan Harapan

Koleksi Ucapan Takziah Untuk Yang Tersayang

Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Koleksi Ucapan Takziah Untuk Yang Tersayang

Koleksi Ucapan Kata Takziah Untuk Yang Tersayang. Setiap kata-kata adalah doa. Doa di saat orang ditimpa musibah, adalah nada harapan bagi yang merasainya. 

Kenapa nak ucap takziah? 

Kita memberikan ucapan takziah kepada sahabat, rakan taulan dan adik beradik serta ahli Keluarga sebagai tanda kita ikut merasai dan berkongsi akan kesedihan yang ditanggung. Ucapan takziah bukan suka-suka boleh dilontarkan apatah lagi mereka yang sedang ditimpa musibah.

Sesungguhnya, dalam mengucapkan salam takziah, kita ucapakan kalimat - Innalillahi wa inna ilaihi rajiun (Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali). Kemudian mendoakan untuk si mati memperoleh ampunan dan rahmat. Kepada ahli keluarga yang tinggal,  doakanlah mereka sentiasa tabah dan sabar.

Koleksi Ucapan Takziah Untuk Yang Tersayang

Dari sumber drzulkifli.com, hukum takziah di dalam Islam adalah sunat yang dituntut. Hal ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu ‘Umarah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda :

مَا مِنْ مُؤْمِنٍ يُعَزِّي أَخَاهُ بِمُصِيبَةٍ إِلاَّ كَسَاهُ اللَّهُ سُبْحَانَهُ مِنْ حُلَلِ الْكَرَامَةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: Tidak ada seorang mukmin yang mengucapkan takziah kepada saudaranya disebabkan suatu musibah melainkan Allah S.W.T akan memakaikannya dengan pakaian kemuliaan pada hari kiamat kelak. - Riwayat Ibn Majah (1601)

Maka apakah ucapan takziah yang paling baik diberikan kepada ahli keluarga yang tinggal? Ucapan takziah yang baik dan betul adalah mengucapkan agar beliau bersabar dengan ujian ini.

Koleksi Ucapan Kata Takziah Untuk Yang Tersayang


Bersama-sama kami sertakan koleksi ucapan takziah dan kata-kata semangat kepada mereka yang sedang mengalami musibah atau kehilangan orang tersayang.

Bilakah waktu yang sesuai untuk mengucapkan takziah? Takziah boleh dilakukan seawal seseorang itu ditimpa musibah sehingga dia melupakn musibah tersebut. Ia juga boleh diucapkan setelah jenazah dikebumikan atau sebelumnya. Jika seseorang bertakziah kepada keluarga jenazah sebelum atau selepas dikebumikan, atau sebelum dimandikan, ataupun sebelum disolatkan, maka hal itu tidak ada masalah padanya dan tujuannya sudah tercapai. Sumber

1. Innalillahi wanna ilaihi roji'un. Dari Allah kita datang dan kepadaNya jua tempat kembali.

2. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga Allahyarham di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

3. Takziah diucapkan kepada ahli keluarga si mati. Semoga mereka redha menghadapi ujian ini dan sedekahkan al-Fatihah kepada almarhum, semoga rohnya dicucuri rahmat dan termasuk dalam golongan orang-orang yang soleh.

4. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Allahumaghfirlahu, warhamhu, wa'aafini, wa'fu'anhu. Aamiin Aamiin Aamiin

5. Takziah sahabat atas musibah yang menimpamu. Semoga Allah SWT gantikan duka sedihmu dengan ganjaran pahala dan gantikan sesuatu yang lebih baik darinya.

6. Salam takziah atas pemergian [Nama Arwah]. Semoga Allah mengampuni dan merahmati beliau.

7. Innalillahi wa inna ilayhi raji'un. Bersabarlah, segala yang ada di bumi sejatinya dibatasi oleh ajal. Semoga Allah SWT menempatkan arwah di tempat yang tertinggi di sisiNya.

8. Takziah diucapkan atas kemalangan yang menimpamu, semoga kamu cepat sembuh seperti sediakala dan terus dikurniakan sihat yang berpanjangan.

Semoga koleksi ucapan takziah di atas dapat memberikan kita inspirasi untuk mengucapkan dan mendoakan yang baik-baik kepada simati (jika kematian), memberikan kata-kata semangat kepada ahli keluarga yang ditinggalkan.

Inspirasi Kehidupan - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

0 Comments

Ad Code