Cerita Bayan | Antara Harapan Dan Doa

Melepaskan Dia Dengan Doa Tak Henti

Melepaskan Dia Dengan Doa Tak Henti. Inilah sebuh coretan cinta antara hero pujaan hati dengan bondanya yang pasti membangun jiwa yang lelah. Kelmarin 27 Februari 2026, melihat dia melangkah pergi, tetiba air mata menitis tak malu-malu tapi tetap cuba bertahan. Paling tak suka melihat seseorang yang kita sayangi dari belakang dan dia sentiasa menoleh melihat kita. 

Melepaskan Dia Dengan Doa Tak Henti

Hati berkata, "Jangan toleh, nanti ibu sedih.."

Tapi dia sekejap-sekejap toleh semasa beratur untuk check in. Hmm.. lepas check in kan masih boleh jumpa lagi sebelum berlepas. 

Hero pujaanku ini anak sulung yang sangat pandai menyantuni ibu ayahnya, berakhlak dan lembut hati. 

Selepas check in selesai, kami bersembang lagi, melihat apa yang kurang, check dokumen kerana dia akan berlepas ke luar negara. Paling penting passport & visanya, yang kami ingatkan dia untuk menjaga seperti nyawa!

Kemudian, dia memasuki balai perlepasan. Dalam proses cek barang-barang dia, masih lagi menoleh menjenguk ke arah kami. Hmm.. saya dahlah tengah sedih, sebak kerana sepanjang awal ramadan ni dialah yang menyediakan semuanya. Dari berbuka hingga bersahur. Airmata bergenang tapi saya tahankan supaya tak jatuh di pipi.

Pergilah duhai anak.. sedikit lagi perjuangan di perantauan akan berakhir. Dan, kamu akan pulang untuk kebaikan dan manfaat seluruh umat. Insha Allah.

Selalu ibumu ini berpesan.. setiap dalam detik jantung dan langkah kaki sentiasa ada DOA untukmu.
 
Inspirasi Kehidupan - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Previous Post Next Post