Dalam sedih atau bingungnya kamu, usah khuatir. Tenang-tenang saja. Kan Allah selalu ada.
Info menarik Juga >>>
Untuk Jiwa Yang Hampir Runtuh, Allah berbisik lembut..
Aku ada, Aku yang urus!
Ya Allah, lindungilah sisa umurku ini dari perkara yang sia-sia.

Sesungguhnya ujian bukan tanda Allah melupakan kita. Bukan bermakna jiwa kita mati rasa! Ada kalanya melalui ujian, Allah mendidik hati untuk lebih sabar, mengajar jiwa untuk lebih redha, dan mengingatkan kita bahawa tiada tempat bergantung yang lebih baik selain kepada-Nya.
Kita mungkin penat, tetapi jangan pernah putus asa daripada rahmat Allah. Kita mungkin menangis, tetapi jangan berhenti berdoa.
Semoga Allah SWT menguatkan hati-hati yang sedang diuji, menyembuhkan luka yang tidak terlihat, melapangkan dada yang sedang sesak, dan menggantikan setiap kesedihan dengan ketenangan. Dan, membangunkan semula jiwa-jiwa yang hampir runtuh.
Kerana kita tidak tahu bila ujian akan berakhir, tetapi kita yakin bahawa rahmat Allah sentiasa lebih luas daripada segala kesulitan yang kita hadapi.
Ya Allah, jangan biarkan ujian dunia menjauhkan kami daripada-Mu. Jadikan setiap kesedihan sebagai jalan untuk kami semakin mengenali dan mencintai-Mu.
Percaya bahawa di setiap tangisan hiba dan lara, ada Tuhan kita iaitu ALLAH yang sedang mengurus segalanya. Allahumma yaa bariq..
Cik Bayan - Antara Doa & Harapan - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.




0 Comments