Jika Itu Takdirmu, Dia Pasti Kembali. Biarkan dia pergi. Jika dia takdirmu, pasti Allah kembalikan dia kepadamu dengan cara yang Allah susun. Allah tak kejam. Jika sesuatu itu baik bagimu dan terbaik di sisi Allah, dia akan kurniakan kepada mu. Cuma, dalam keadaan segera atau diberikan pada waktu yang kita telah bersedia.
Jika itu takdirmu, maka berdoalah agar Allah kembalikan kepadamu mereka yang Engkau sayang. Samada ia berupa manusia, barang yang hilang ataupun pekerjaan. Bila kita meminta, Allah sentiasa ada Mendengar. Dan, doa tak balik dalam tangan kosong!!

Info Yang Anda Cari:
Jika Itu Takdirmu, Dia Pasti Kembali
Memang sakit bila dia pergi kerana seseorang. Memanglah perit bila dia meninggalkanmu kerana orang lain. Ia bukan semata tamparan kepada egomu malahan lebih dari itu seakan semua maruah yang kau pertahankan serasa seperti dipijak-pijak tiada sisa lagi.

Jika pun sesuatu itu tidak kembali kepadamu, usah sedih dan duka. Persiapkan dirimu, naikkan maruah dan harga diri, dan jalan terus ke depan. DIA ambil pasti bersebab, Allah tidak kembalikan sesuatu yang hilang darimu, bukan kerana benci. Tetapi sebaliknya, DIA mahu kamu bersedia menerima yang lebih baik dari itu.
Katakanlah - "Ya Allah, kurniakan ganjaran pahala atas segala musibah yang menimpaku dan gantikan ia dengan sesuatu yang lebih baik darinya. Aamiin."
Dengan itu, semoga ketenangan itu milikmu.
Cik Bayan - Antara Doa & Harapan - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.



0 Comments